suria

Dada nampak pelik! Eina Azman kesal netizen asyik fikir negatif - “Edit ke sebab lain macam...”

Netizen tegur bahagian dada Eina Azman kelihatan pelik.

BIARPUN kurang aktif di dunia seni, namun kehidupan peribadi Datin Eina Azman di laman sosial sering mendapat perhatian netizen.

Terbaharu sebuah foto yang memperlihatkan dia dan suami menerima teguran netizen gara-gara bentuk dada pelakon itu yang dikatakan kelihatan pelik seperti disunting.

ARTIKEL BERKAITAN: Eina Azman dituduh penting diri borong enam troli barang - “Kalau tak fikir orang... saya tak beri bantuan makanan 100 buah rumah!”

"Saya seorang saja ke rasa baju ini nampak macam pelik... mungkin sebab cutting atau angle.



Eina meminta netizen supaya tidak berfikiran negatif.

"Maaf kenapa kat bahagian dada pelik sikit datin," komen beberapa netizen di ruang perkongsian foto tersebut.

Enggan berdiam diri, Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman, 25, membalas komen berkenaan dan meminta netizen agar tidak berfikiran negatif.

Jelas Eina, dia tidak membuat apa-apa pada foto tersebut namun ia kelihatan berbeza disebabkan sisi kamera dan rekaan baju itu.

"Eh... eh suka ya dapat free dosa. Dah banyak pahala sangat ke tu? Kesian hidup asyik nak fikir negatif dan cakap fitnah.

Itu kamera angle dan rekaan baju dia macam tu. Bukan saya buat apa-apa.

EINA AZMAN

PELAKON

"Itu kamera angle dan rekaan baju dia macam tu. Bukan saya buat apa-apa. Faham!" kata Eina.

Foto tersebut kini mendapat lebih 47,000 tanda suka (likes) dan 650 komen yang ditinggalkan netizen.

Dalam pada itu, segelintir netizen meminta aktres itu membiarkan sahaja komen negatif tersebut.

"Datin pun pertikaikan kau nampak sangat tak tahu angle baju dan cutting baju macam mana. Ini mesti tak tengok video TikTok dia pakai baju hitam.



Eina bersama suami dan anak kembarnya.

"Kenapalah pelik komennya. Tak ada benda lain ke yang ditengok. Kalau betul sekalipun benda itu dibesarkan ke apa biarlah. Tu hak dia. Dia punya kan.

"Apa fasal semua komen begitu. Rekaan baju macam itu la guys. Tambah lagi angle kamera itu. Apa-apa pun datin cantik macam puteri," kata netizen.

Eina berkahwin dengan ahli perniagaan itu pada 31 Ogos 2014 dan mereka dikurniakan anak kembar, Karl Kareef dan Arianna Aubrey yang kini berusia empat tahun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Eina Azman, foto, sensasi,

Artikel Lain