suria

Mark Adam hubungi ibu setiap hari, susah hati keselamatan keluarga di Filipina - “Saya tak boleh duduk diam, sentiasa berdebar”

Mark Adam rindu ibu dan keluarga yang berada jauh di Filipina.

PENYANYI Mark Adam mengakui bimbang keselamatan ahli keluarganya terutama ibu, Florinda Macaraig Echivarre, 60, yang berada di kampung halaman di Bandar Cebu, Filipina.

Mark berkata peningkatan kes penularan wabak Covid-19 di negara kelahirannya itu membuatkan dia tidak senang duduk dan menghubungi mereka setiap hari bagi bertanya khabar.

"Saya sangat risaukan keadaan ibu dan adik-beradik di sana. Setiap hari saya bertanya khabar dan menasihati mereka supaya menjaga diri serta kesihatan... kali terakhir saya berjumpa ibu pada Januari lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dulu nak balik kampung susah, kena transit sampai 10 jam” - Mark Adam

“Saya hanya ada dia saja untuk menumpang kasih selepas kehilangan ayah. Apabila tidak dapat ke sana untuk bertemu dengannya, saya akui tidak boleh duduk diam dan sentiasa berdebar.

Mark Adam lega ibu sudah berpindah di kawasan kediaman yang lebih terkawal dan teratur.

“Saya akan selalu menghubungi atau membuat panggilan video untuk mengikuti perkembangannya. Bukan saya sahaja yang risau, dia pun risau keadaan saya di Kuala Lumpur," katanya kepada mStar.

Mark ditemui semasa majlis pelancaran single baru berjudul Teh Terakhirku dan pembukaan cawangan baharu, Bubblebee di The Strand, Kota Damansara, Selangor pada Selasa.

Saya bersyukur ibu dah berpindah ke kawasan perumahan yang lebih teratur dan tidak sesak!

MARK ADAM

PENYANYI

Teh Terakhirku turut menampilkan pelawak Shuib dan penyanyi baharu Zynakal.

Sementara itu, Mark berkata dia sedikit lega kerana ibunya sudah berpindah ke kawasan perumahan yang lebih teratur dengan kawalan keselamatan yang lebih baik.

Mark Adam bergandingan bersama Shuib dan Zynakal dalam lagu Teh Terakhirku.

"Selalunya setiap hari Ahad ibu akan keluar berjalan tapi sejak kes Covid-19 meningkat secara mendadak di Filipina, dia sudah tidak lagi keluar.

"Saya juga bersyukur ibu dah berpindah ke kawasan perumahan dikelilingi pagar di daerah Jugan, jadi tidaklah terlalu sesak dengan kawasan perumahan lain seperti keadaan rumah sebelum ini yang agak rapat.

"Mujurlah ada adik-beradik yang boleh jagakan ibu di kampung. Sehingga hari ini saya tak putus berdoa agar ibu dijauhkan daripada wabak itu," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

MArk Adam, keluarga artis, filipina

Artikel Lain