Amir Raja Lawak ‘masyuk’ buat duit berniaga air jagung, tak menang tangan - “Tahun ni siap pasang ejen, runner”

KALAU dah rezeki memang tak ke mana, hanya perlukan usaha untuk berjaya.

Begitulah situasi Amir Raja Lawak apabila perniagaan air jagung yang diusahakan sejak tiga tahun lalu tetap menjadi buruan orang ramai meskipun tidak berniaga di bazar Ramadan seperti kebiasaan.

Menurut Amir atau Mohammad Amirullah Azmi, 31, dia bersyukur apabila rezekinya makin bertambah pada Ramadan kali ini.

“Tahun ni memang berbeza daripada sebelum ini, kalau dulu saya berniaga ni bazar Ramadan tapi tahun ni saya menumpang sahaja berniaga di hadapan kedai milik rakan yang terletak di Prima Saujana, Kajang. Tapi tak sangka pula sambutan yang diterima lebih baik daripada berniaga di bazar Ramadan.

“Malah saya dapat permintaan luar jangka daripada ejen Air Jagung Amirreka ini yang berada di sekitar Lembah Klang, ” cerita Amir kepada mStar.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Amir Raja Lawak, Air Jagung
Semua
Hiburan
Berita
Variasi