suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Danial Chuer kembali popular selepas sertai ICSYV - “Semua orang mula sedar kehadiran saya... it touch my heart!”

BEKAS juara rancangan realiti Idola Kecil Ultra, Danial Chuer tidak menyangka penyertaannya dalam program I Can See Your Voice (ICSYV) musim ketiga kembali meledakkan namanya di pentas seni.

Danial, 19, berkata selepas rancangan ICSYV disiarkan, dia menerima pelbagai komen positif daripada peminat yang mengalu-alukan pembabitannya dalam bidang nyayian.

“Saya tidak menyangka selepas I Can See Your Voice dia punya hit akan jadi sehebat ini.

“Semua orang mula sedar kehadiran saya... ini memang menyentuh hati saya, ” ujarnya kepada mStar.

Menepis dakwaan dia merajuk daripada industri, Danial memberitahu keluarganya mementingkan pelajaran dan mengambil keputusan untuk kembali ke Sabah bagi menghabiskan pembelajarannya.

Tambahnya, disebabkan minat terlalu dalam dalam bidang muzik, dia menyambung pengajian di Sekolah Seni Malaysia Shah Alam dan kini di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam jurusan muzik.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi