suria

“Bukan nak lawan suara arwah, tapi hakikatnya kami memang boleh menyanyi” - Beby Acha tak kisah dikaitkan dengan Achik Spin

PENYANYI baharu Beby Acha berkata dia yakin boleh berdiri di atas bakat sendiri tanpa menumpang populariti adik beradiknya yang sudah lama bertapak dalam industri seni.

Acha atau nama sebenarnya Nur Aishah Shari yang juga merupakan adik kepada Allahyarham Achik Spin bagaimanapun berkata dia tidak dapat menolak andaian netizen tentang perkara itu.

“Tumpang populariti Allahyarham Achik Spin, Khalis, Awis dan Tajul tu sekadar andaian orang luar sahaja, saya tak dapat nak menidakkan perkara itu. Memang dah tak boleh lari, mereka merupakan darah daging saya sendiri.

“Hakikatnya daripada awal saya dah cuba untuk membina nama sendiri tanpa membabitkan mereka, namun ada pula yang kata suara saya tak dapat nak tandingi kehebatan suara arwah... Bukan begitu, saya dan adik-beradik lain cuma nak sambung legasi arwah, ” kata Beby Acha kepada mStar.

Beby Acha, Achik Spin, Tajul


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi