suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Yoyol pelakon Budak Tebing dedah perangai sebenar Amyza Aznan di set - “Dia suka buat adegan tak sepatutnya apabila off-camera!”

PELAKON Fariz Isqandar tidak menyangka pembabitannya dalam drama Budak Tebing menerusi watak Yoyol mendapat sambutan positif daripada peminat.

Fariz, 15 tahun, memberitahu walaupun ada yang mengeluarkan kata-kata kesat di laman sosial kerana membenci watak itu, dia tidak mengambil hati sebaliknya menyifatkan ia sebagai satu kejayaan kerana membawakan watak dengan baik.

“Alhamdulillah ramai yang suka cerita Budak Tebing dan ramai yang suka watak Yoyol... walaupun di Twitter ada yang maki tapi saya tak ambil hati.

“Saya tidak kisah orang panggil saya apa... kalau mereka selesa panggil Fariz... panggil je Fariz, kalau selesa Yoyol... panggil je Yoyol, ” ujarnya kepada mStar.

Bercerita tentang pengalaman berlakon dalam drama Budak Tebing, cabaran yang paling tidak dapat dilupakan adalah berlakon dengan Amyza Aznan.

“Pengalaman tak boleh lupa banyak sebenarnya... tapi yang paling mencabar adalah berlakon dengan auntie Amyza Aznan.

“Apabila shoot saya, tak nampak dia... bermulalah adegan-adegan yang tak sepatutnya iaitu dia suka buat lawak, ” cerita Fariz.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Budak Tebing, Fariz Isqandar, Yoyol,


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi