suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Buat masa ni saya jadi penghantar makanan” - Erwin Dawson tak malu kayuh basikal cari duit tambahan musim Covid-19

AKTOR Erwin Dawson berkata dia tidak malu untuk menjadi penghantar makanan di negara kelahirannya iaitu Singapura.

Erwin atau nama sebenarnya Mohamed Erwin Shah Evan Dawson, 31, berkata dalam pada masa sama dia dapat mengekalkan stamina apabila menggunakan basikal untuk menghantar pesanan.

“Buat sementara waktu ni saya bekerja sebagai penghantar makanan di Singapura, tak kan saya nak duduk rumah sahaja.

“Tambahan lagi beberapa ahli keluarga juga mengambil peluang yang sama, jadi saya menggunakan basikal milik bapa untuk jadi penghantar makanan. Jadi tidaklah saya terperap di rumah.

“Tiada pula respons negatif yang saya dapat selama sebulan bergelar rider ni, ada juga yang teruja apabila individu yang mereka kenali menjadi penghantar makanan, ” kata Erwin kepada mStar.

erwin dawson, singapura, food panda


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi