suria

Fendy (Caliph Buskers) bercerai di bulan Ramadan... imbau pengalaman angkat barang - “Menitis air mata, puasa... raya sorang-sorang”

SEPERTI orang lain, pemain dram kumpulan Caliph Buskers iaitu Fendy Adlun juga terpaksa menyambut kedatangan Ramadan secara sederhana ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Lebih menyedihkan apabila anaknya Nurazalea Zafirah kini berada di kampung di Ipoh, Perak dan tidak dapat pulang ke Kuala Lumpur.

“Saya tak sempat ambil untuk dibawa pulang ke Kuala Lumpur selepas kerajaan umumkan PKP. Jadi memang terasa sunyi tambahan lagi selepas berpisah dengan bekas isteri dua tahun lalu, ” kata Fendy kepada mStar pada Isnin.

Sementara itu bercerita mengenai karier, Fendy berkata dia bersyukur apabila projek lagu solo berjaya dilaksanakan sungguhpun ketika PKP.

“Sebenarnya dah lama saya nak hasilkan karya solo, malah semangat itu makin membara apabila melihat penyanyi utama kumpulan kami iaitu Azmi berjaya dengan karya solo.

“Jadi saya teringin nak cuba nasib, namun tak bermakna kami berpecah daripada Caliph Buskers. Sekadar mencuba sesuatu yang baharu, ” tambah Azmi.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi