suria

“Hip Hop dah trending lebih 40 tahun, baru sekarang diterima baik” - Sonaone

PENYANYI Rap Sonaone berpendapat industri muzik hip hop kini semakin berkembang di Malaysia biarpun ia sudah bertapak sudah berusia 40 tahun.

Sona, 32, juga berkata perkara itu terbukti apabila kebanyakan lagu yang berjaya menduduki tempat tertinggi dalam carta mingguan Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) ketika ini merupakan lagu hip hop.

“Kalau dulu orang gelar hip hop ni sekadar scene kerana kebanyakannya berasal daripada underground, tapi sekarang aliran arus perdana pun dah dapat terima muzik ini. Tapi masih ada yang berpendapat hip hop baru nak trending sedangkan perkara itu dah berlaku 40 tahun lalu.

“Rujuk sahaja carta RIM, lihat berapa banyak lagu hip hop yang berjaya tersenarai. Malah lagu Mimpi nyanyian K-Clique dan Alif berjaya menduduki tempat pertama dalam carta tersebut untuk tempoh yang lama, ” kata Sona kepada mStar.

sonaone
Semua
Hiburan
Berita
Variasi