suria

Hun Haqeem laris macam pisang goreng panas, sanggup ambil ‘job’ sampai tak cukup tidur - “Saya ulang-alik ke Pahang, Melaka dan KL”

PELAKON Hun Haqeem berkata drama popular Kampung People edisi khas sepatutnya menemui penonton Aidilfitri ini namun ia terpaksa dibatalkan setelah Malaysia dilanda wabak pembunuh Covid-19.

Hun atau nama sebenarnya Haqeem Hermy, 22, berkata biarpun kesal perancangan drama tersebut terpaksa dilupakan namun dia akur demi menjaga kesihatan dan dan patuh kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Banyak perancangan dan jadual kerja saya sehingga bulan Julai dibatalkan, malah Aidilfitri ini sepatutnya ada episod khas drama Kampung People Raya namun ia juga terpaksa dilupakan.

“Selain itu ada lagi beberapa tarikh penggambaran yang tertunda sehingga kini. Mungkin tiada rezeki, siapa tahun nanti ada Kampung People raya haji pula?, ”seloroh Hun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Hun Haqeem, Kampung People


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi