suria

Baby Shima tak peduli dikecam nyanyi lagu Di Sana Menanti Di Sini Menunggu versi dangdut - “Yang penting saya bahagia!”

PENYANYI Baby Shima menjelaskan tidak wujud istilah merosakkan lagu seperti yang didakwa ramai selepas dia tampil dengan lagu Di Sana Menanti Di Sini Menunggu nyanyian asal kumpulan Ukays dalam versi dangdut.

Berkongsi mengenai perkara itu, Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli, 28, berkata ia merupakan perkara normal di Indonesia apabila sesuatu lagu lama diberi nafas baharu.

Namun kata Shima dia tak menyangka ia seakan tidak mendapat sokongan peminat di Malaysia.

“Bagi saya tak merosakkan lagu pun, ini merupakan cara saya menyanyikan lagu lama dengan rentak terkini. Mungkin pendengar sekarang takkan dengar lagu lama, tapi ia berkemungkinan akan didengar semula apabila ada versi baharu.

“Ia merupakan perkara biasa di Indonesia, banyak lagu dinyanyikan dalam bentuk dangdut, rock dan juga pelbagai genre lain untuk disesuaikan mengikut peredaran muzik terkini.

“Sama sahaja sebenarnya, cuma ia diubah sedikit dan dinyanyikan penyanyi berlainan jantina. Terserah apa netizen nak cakap, yang penting saya bahagia, ” kata Shima kepada mStar.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Baby Shima


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi