suria

Duit hasil main game lesap! Zahiril Adzim minta maaf kepada peminat Bobby San - “Saya gagal jaga sumbangan orang”

PELAKON Zahiril Adzim meluahkan rasa kecewa apabila sebahagian daripada pendapatannya sebagai streamer permainan video lesap berikutan akaun debitnya digodam pihak tidak bertanggungjawab.

Zahiril yang dikenali dengan nama gaming Bobby San berkata, kejadian itu berlaku pada 5 Mei sekitar 10 malam.

Ujar Zahiril dia tidak menyedari kejadian itu kerana sedang mengendalikan siaran langsung di Facebook Gaming miliknya.

“Habis live stream tu saya buka SMS daripada Maybank yang memberitahu saya membuat empat transaksi yang berjumlah RM3,700.

“Terduduk sekejap masa sahur tu... terdiam jugalah dan nasib baik isteri saya bagi support, ” ujarnya kepada mStar.

Menurut Zahiril, walaupun jumlahnya tidak begitu besar namun ia adalah hasil pemberian peminat dan penonton video siaran langsungnya.

“Ini semua star (duit) mereka beri yang menunjukkan tanda mereka sokong streamer.

“Untuk mendapat star ini bukan kerja yang mudah kerana penonton akan beri star jika mereka selesa dengan kita, ” katanya.

Tambah Zahiril, dia dalam proses untuk membuat laporan kepada Bank Negara Malaysia dan pihak berwajib bagi mendapatkan kembali duitnya.

Zahiril Adzim, Bobby San,


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi