suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ramai puji Aina Abdul ‘jelmaan’ Siti Nurhaliza, tapi ada juga yang tak suka - “Mereka kurang senang, kata saya meniru”

PENYANYI Aina Abdul menjelaskan dia tidak berniat untuk meniru gaya nyanyian penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi lagu terbaharunya Syahdu Di pagi Syawal.

Menurut Aina, ada segelintir peminat Siti Nurhaliza yang tidak senang dengan cara dia menyanyikan lagu itu seperti meniru lagu Air Mata Syawal.

“Ada juga peminat-peminat Datuk Siti yang kurang senang dengan cara nyanyian saya... mungkin nampak macam meniru tapi jujurnya saya memang terinpirasi dengan beliau.

“Saya membesar dengan lagu-lagu Datuk Siti dan Pak Ngah (komposer) hinggakan saya banyak sangat study lagu mereka... Air Mata Syawal adalah penanda aras untuk saya sebelum menulis lagu Syahdu Di Pagi Syawal, ” ujarnya kepada mStar.

Dalam pada itu, Aina tidak menyangka lirik bagi lagu yang dirakam pada awal Mac lalu betul-betul terjadi pada dirinya.

Syahdu Di Pagi Syawal diilhamkan daripada kisah keluarga saya... arwah ayah meninggal dunia dan ada adik beradik berada di luar negara. Mereka tak dapat balik beraya dengan keluarga dan saya tidak menyangka benda itu betul-betul terjadi pada saya, ” katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Aina Abdul,


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi