suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ayda Jebat ‘fobia’ berlakon dengan Opah Aminah, kena terlebih bersedia - “Tak boleh shoot banyak kali, nanti makeup dia rosak”

PELAKON Ayda Jebat memberitahu dia berhadapan pelbagai cabaran demi menghidupkan watak Johana menerusi drama Bukan Gadis Biasa.

Cerita Ayda, selain memotong rambut pendek serta memakai bengkung, cabaran utama ialah ketika proses penggambaran membabitkan watak Opah Aminah lakonan Shiela Rusly.

“Secara jujurnya pengalaman paling mencabar adalah apabila ada babak Opah... sumpah!

“Apabila ada babak Opah kita kena lebih bersedia sebab Shiela Rusly ambil masa empat jam untuk makeup. Selepas dia siap makeup terus kena shoot!

“Lepas tu tak boleh buat banyak kali takut topeng yang dia pakai akan berpeluh... ia jadi tak selesa dan cepat terbuka terutamanya kalau babak makan, ” ujarnya kepada mStar.

Selain itu tambah Ayda, dia berhadapan kesukaran pada dua minggu pertama kerana perlu memakai bengkung ketika melakonkan watak Johana.

Namun kesukaran itu berjaya diatasi dan terbukti penggunaan bengkung tersebut sangat membantu untuk dia menjiwai watak perempuan kasar.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Ayda Jebat, Bukan Gadis Biasa,


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi