suria

“Bukan sampai tak boleh makan, cukup je lagi” - Azmi Caliph Buskers ‘adjust’ perbelanjaan, terpaksa kurangkan bayar bil elektrik

VOKALIS kumpulan Caliph Buskers, Azmi Saat memperbetulkan tanggapan segelintir pihak yang menyangka dia kini mengalami kesempitan hidup hingga terpaksa memohon derma daripada orang ramai.

Kata Azmi, dia bersyukur kerana isterinya, Nazirah Muhammad yang berkhidmat sebagai penjawat awam masih mempunyai punca pendapatan untuk menampung kehidupan mereka.

Bercerita kepada mStar, Azmi menjelaskan dia terpaksa berhadapan situasi sukar ini susulan banyak undangan nyanyian terpaksa dibatalkan susulan pandemik Covid-19.

“Memang banyak show kami (Caliph Buskers) terpaksa dibatalkan bermula bulan Januari lagi. Saya dah gunakan hampir semua wang simpanan untuk tanggung tempoh lima bulan tanpa show tersebut.

“Namun ada pula yang salah anggap kononnya saya meminta bantuan kewangan daripada orang ramai apabila keluar satu artikel mengenai situasi pada masa ini... bukan begitu. Tapi saya memang mohon Bantuan Prihatin Nasional (BPN) daripada kerajaan.

“Saya masih mampu meneruskan kehidupan namun terpaksa berjimat serta membayar sedikit demi sedikit bil bulanan yang tertangguh, ” kata Azmi kepada mStar.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Azmi Saat, Caliph Buskers


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi