Saharul Ridzwan tak sangka ramai lalui nasib Jalil dalam Korban Kasih - “Saya rasa sedih ada mak kandung tak sayang anak”

PELAKON Saharul Ridzwan berkata dia tidak menyangka watak Jalil yang yang dibawakkannya dalam drama Korban Kasih sebenarnya wujud dalam kehidupan masyarakat.

Akui Saharul, 31, pada mulanya dia beranggapan kisah ibu membenci anak sendiri sebagai sesuatu yang tidak masuk akal sehinggalah menerima maklum balas dalam kalangan penonton.

“Isteri saya menerima mesej di Instagram oleh seorang individu yang menjelaskan salah seorang ahli keluarganya turut menerima nasib sama seperti watak Jalil. Memang sayu, tak sangka konflik sebegitu benar-benar wujud dalam kalangan kita.

“Malah saya sendiri ada terima kiriman daripada peminat yang menjelaskan mereka rindu akan ibu dan ayah. Baru saya faham institusi kekeluargaan itu sangatlah besar bagi setiap individu, ” kata Saharul kepada mStar.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Saharul Ridzwan, Korban Kasih
Semua
Hiburan
Berita
Variasi