suria

“Saya biasa je, tak special pun kat sekolah” - Anak Jamal Abdillah tak ‘culture shock’ selepas jadi penyanyi

PENYANYI muda Zaki Yamani mengakui dia pernah menjadi mangsa buli di sekolah ketika berumur sembilan tahun.

Zaki, 14, yang juga anak kepada penyanyi Datuk Jamal Abdillah berkata perkara itu meninggalkan kesan mendalam terhadap emosinya sehingga dia terpaksa ditukarkan ke sekolah lain.

“Pada awalnya saya bersekolah di sebuah sekolah antarabangsa namun selepas itu berpindah ke sekolah agama kerana tidak biasa dikelilingi pelajar bukan warga tempatan. Tapi lain pula ceritanya di tempat baru apabila saya menjadi mangsa buli.

“Saya pun tak tahu kenapa, mungkin kerana saya ni jenis manja sedikit. Memang saya hilang semangat selepas perkara itu berlaku,” kata Zaki kepada mStar.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Zaki Yamani, Jamal Abdillah


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi