suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Apabila doktor check banyak kali, saya dah macam...” - Fizz Fairuz masih buntu, tak tahu punca anak gugur

WALAUPUN masih bersedih dengan keguguran isterinya Datin Almy Nadia, pelakon Datuk Fizz Fairuz memberitahu dia harus tabah dan kuat demi keluarga.

Kata Fizz atau nama sebenar Mohd Fairuz Zainal Abiddin,40, dia sudah menjangka kandungan berusia 14 minggu itu adalah bayi lelaki.

“Apabila dia (Almy) mula mengandung, hati saya memang nekad berkata itu adalah bayi lelaki... anak nombor empat ini confirm lelaki.

“Alhamdulillah rezeki Allah kurniakan 14 minggu dia bersama saya dan bila dia lahir... doktor tunjukkan kepada saya... saya selak kaki dia sikit memang betul dia adalah lelaki,” ujarnya kepada mStar.

Namun tambah Fizz, dia tidak boleh terlalu melayan perasaan sedihnya selain terus berharap terus dikurniakan rezeki pada masa akan datang.

Fizz Fairuz, Almy Nadia


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi