Sean Lee terkejut ditegur ‘strangers’ sejak makin popular - “Saya nak pergi makan je pun, tapi ramai orang tegur” - Video | mStar

Sean Lee terkejut ditegur ‘strangers’ sejak makin popular - “Saya nak pergi makan je pun, tapi ramai orang tegur”

PELAKON dan pengacara Sean Lee berkata kehidupannya kini berubah 360 darjah selepas bakatnya mula mendapat perhatian sehingga kehidupan peribadinya turut menjadi bahan bualan netizen.

Namun menurut Sean atau nama sebenarnya Sean Lee Jia Ern, 26, dia tidak mempunyai sebarang isu tentang perkara itu kerana menyedari ia adalah lumrah seorang selebriti.

“Kehidupan saya kini banyak berubah, kini orang luar seakan lebih kenal dan tahu sisi kehidupan peribadi saya.

“Memang pelik, kadang-kadang individu yang saya tak kenal pun tahu tentang kisah peribadi yang hanya diketahui rakan-rakan terdekat. Tapi tak mengapa kerana saya tidak pernah cuba menyembunyikan sebarang perkara negatif dalam kehidupan,” kata Sean Lee kepada mStar.

Sean Lee ditemui semasa majlis sidang media program I Can See Your Voice Malaysia musim ketiga baru-baru ini.

Untuk rekod, bakat Sean mula mendapat perhatian apabila muncul dalam drama Keluarga Pontimau membawakan watak Joe pada 2015.

Semua
Hiburan
Berita
Variasi