Tak ada siapa ‘tekan’ Tok Ti muncul di AJL34, Hael Husaini kata Siti Nurhaliza sendiri setuju nak hiburkan peminat

KEMUNCULAN Datuk Seri Siti Nurhaliza pada Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34) Ahad lalu ternyata mengubat kerinduan peminat penyanyi tersohor negara itu.

Namun tahukah anda bahawa idea menampilkan Siti pada penghujung persembahan Bob Yusof itu hanya dipersetujui kira-kira seminggu sebelum berlangsungnya pertandingan tersebut.

“Kami baru tahu last minute, kira-kira seminggu sebelum malam kemuncak AJL34. Niat Datuk Seri Siti Nurhaliza untuk membuat kemunculan khas adalah kerana mahu menghiburkan peminat-peminat yang rindukan aksinya di pentas AJL.

“Mestilah kami terima keputusan Siti dengan penuh gembira, dia adalah tuan punya badan sendiri untuk lagu Anta Permana,” kata Hael Husaini kepada mStar.

Hael dan komposer Ezra Kong adalah pencipta lagu Anta Permana yang dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga AJL34 menerusi persembahan yang dijayakan Bob.

Semua
Hiburan
Berita
Variasi