suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Budaya hip hop bukan hanya tentang kemegahan, Aman Ra ‘selamba’ bawa Honda EX5 naik pentas AJL34

MOTOSIKAL Honda EX5 yang dijadikan prop ketika menyampaikan lagu Bangun pada Anugerah Juara Lagu ke 34 (AJL34) baru-baru ini umpama simbolik kepada perjalanan hidup penyanyi Aman Ra dalam industri muzik.

Cerita Aman Ra atau nama sebenarnya Aman Jamaluddin, 33, dia tidak pernah lupa tentang kepayahan yang dilaluinya sebelum ini bagi menempatkan diri dalam muzik mainstream.

“Saya sedar ramai orang pandang kehidupan hip hop semuanya tentang kemasyuran dan kemewahan, namun mereka tak sedar kemewahan hanya datang selepas kita berjaya.

“Azalinya hip hop berhadapan kepayahan untuk diterima ramai. Saya tak nak rakyat Malaysia tersisih daripada genre rap yang sinonim dengan kemegahan.

“Saya sendiri bawa motosikal kapcai satu ketika dahulu, bayangkan saya pergi studio rakaman hanya menaiki Honda EX5,” kata Aman Ra kepada mStar.

aman ra, ajl34


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi