“Abam peluk saya lama-lama atas pentas akhir MLM” - Ali Puteh menangis imbau saat manis dengan arwah abang

PEMERGIAN secara mengejut Abam Bocey pada pagi Isnin cukup memberi kesan kepada ahli keluarga pelawak itu termasuk adiknya iaitu Ali Puteh.

Menurut Ali, dia tidak menyangka pelukkan Abam di atas pentas semasa pengumuman juara Maharaja Lawak Mega 2019 pada 10 Januari lalu adalah momen indah terakhir bersama abangnya itu.

“Malam final semasa saya menang... dia orang pertama yang peluk saya, dia cakap kau hebat... kau adik aku yang hebat.

“Kau adik aku paling handal sebab boleh kalahkan abang kau,” katanya kepada mStar.

Tambah Ali, pemergian Abam pastinya akan dirindui buat selama-lamanya.

“Lepas ini tiada lagi istilah abang dalam hidup saya... saya selalu tanya pendapatnya”.

Pagi Isnin, Allahyarham Abam atau Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan meninggal dunia di kediamannya selepas dua hari mengalami demam panas.

Abam Bocey, Ali Puteh
Semua
Hiburan
Berita
Variasi