Kenapa Hun Haqeem menangis tonton Kampung People? “Subhanallah... terharunya orang terima saya”

PELAKON Hun Haqeem memberitahu penerimaan peminat terhadap lakonannya menerusi drama Kampung People cukup membuatkan dia terharu.

Menurut Hun, 22, dia tidak tahu bagaimana untuk membalas jasa penonton kerana menyokongnya melain terus melakukan yang terbaik dalam setiap lakonan.

“Masa saya menonton drama Kampung People tu, saya pun menangis juga tau! Sebab perasaan ini bergolak kerana cerita itu macam genuine.

“Saya hanya boleh balas jasa mereka dengan buat yang terbaik saja,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Hun tidak kisah orang memanggilnya dengan nama Jekfer (Jaafar) kerana ia adalah satu watak daripada drama yang mengangkat namanya dalam industri.

Namun tambah Hun,  dia sebagai pelakon dia yakin dapat mengajak penonton move on daripada watak Jekfer kerana banyak lagi drama lakonannya bakal menyusul nanti.

Hun Haqeem
Semua
Hiburan
Berita
Variasi