suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Rasa di awang-awangan, apa nak jadi pun jadilah” Vokalis Azarra Band cerita kembali pengalaman hilang ingatan

VOKALIS Azarra Band, Ejai Aziz mendedahkan masih mengalami kesakitan yang tidak terhingga takkala cuba mengingati situasi di mana dia hilang ingatan selama empat hari pada Oktober tahun lalu.

Ejai atau nama sebenarnya Mohd Azrizal Aziz, 33, juga berkata sehingga kini dia gagal mengingati kembali apa yang terjadi kepadanya ketika berlaku detik hitam itu.

“Saya masih rasa sakit dan ngilu di bahagian dahi apabila cuba mengingati kejadian tersebut, memang tak dapat jelaskan bagaimana rasanya.

“Apa yang saya ingat hanyalah sedang bermain bola dan tiba-tiba terlantar di hospital tanpa mengenali sesiapun yang berada di sisi ketika itu. Rasa bagai di awang-awangan, apa nak jadi pun jadilah,” kata Ejai kepada mStar.

Oktober tahun lalu mStar melaporkan Ejai mengalami masalah hilang ingatan selepas cedera di bahagian kepada ketika bermain bola.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Alalala Sayang itu bagaimanapun kembali pulih selepas empat hari hilang ingatan.

azarra band


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi