suria

Terlopong tengok kek air terjun Elly Mazlein, Ayie sakit... Floor 88 cari vokalis baharu

RANGKUMAN berita terhangat dunai hiburan minggu ini antaranya kisah perkahwinan pelakon Elly Mazlein dengan seorang cikgu bernama Mohamad Azlan Che Nuh. Selain wajah suaminya yang kacak, kek setinggi sembilan tingkat siap dengan kolam air terjun antara yang menjadi perhatian netizen.

Tak sudah lagi mengenai kisah pelakon Puteri Balqis, kali ini ia melibatkan Datuk Hattan yang meluahkan rasa kurang senang terhadap usahawan kosmetik Datuk Aliff Syukri yang dilihat seolah-olah menangguk di air keruh. Bukan Datuk Hattan sahaja, malah ada segelintir netizen juga tak senang dengan sikap Datuk Aliff Syukri itu.

Turut menjadi perhatian ialah mengenai berita kematian pengarah muzik terkenal, Faizal Uzir atau Lok U yang mengalami sesak nafas dan tiba-tiba rebah di rumahnya di Puncak Jalil, Seri Kembangan Rabu lalu selepas aktiviti bersenam.

TONTON VIDEO PENUH YANG DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi