“Tak guna menang Maharaja Lawak Mega kalau saya kehilangan adik” - Ajak - Video | mStar

“Tak guna menang Maharaja Lawak Mega kalau saya kehilangan adik” - Ajak

PELAWAK Ajak berkata kemalangan yang menimpa adiknya yang dikenali sebagai Fitri ketika sedang bekerja sedikit sebanyak mengganggu tumpuannya pada final program Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM2019) minggu lalu.

Namun Ajak atau nama sebenarnya Mohd Hanaffi Razak, 34, berkata dia bersyukur apabila ahli kumpulannya iaitu Rare yang turut dianggotai Ropie dan Pak Ya banyak memberi sokongan moral ketika berhadapan situasi berkenaan.

“Kemalangan yang menimpa adik saya tu berlaku pada Khamis iaitu sehari sebelum malam final MLM2019, terus saya tinggalkan sesi rehearsal untuk melawatnya. Saya tak dapat tahan sebak apabila adik minta maaf kerana insiden itu mengusutkan keadaan.

“Tapi tak mengapa, saya dah cukup bersyukur apabila dia selamat. Duit boleh dicari ganti. Katakanlah saya menang tempat pertama sekalipun malam itu, tapi ia tak akan bawa sebarang makna kalau saya kehilangan adik saya tu,” kata Ajak kepada mStar.

ajak shiro , suria fm , maharaja lawak mega
Semua
Hiburan
Berita
Variasi