“Mula-mula agak susah kami nak bersama... saya rasa tak boleh” - Tangisan kegembiraan Elly Mazlein - Video | mStar

“Mula-mula agak susah kami nak bersama... saya rasa tak boleh” - Tangisan kegembiraan Elly Mazlein

PELAKON Elly Mazlein sebak dan terharu dipertemukan dengan seorang lelaki yang tahu menjaga hati hingga dia yakin untuk kembali bercinta.

Menurut Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 39, dia kagum dengan kesungguhan bakal suami, Mohamad Azlan Che Nuh yang tidak pernah putus asa.

ARTIKEL BERKAITAN: Kacak! Elly Mazlein akhirnya dedah wajah bakal suami pada malam berinai

ARTIKEL BERKAITAN: Elly Mazlein kini milik Cikgu Azlan, sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz

"Saya tidak minta apa-apa, yang saya mahukan hanyalah kasih sayang dan kesetiaan. Saya juga berharap dia dapat memberi kasih sayang kepada Sefhia. 

"Dia buat macam-macam sampai saya rasa dia berjaya buat saya terbuka hati. Dia beri keyakinan pada saya untuk bercinta semula.

"Mula-mula agak susah kami nak bersama… saya rasa tak boleh, tapi dia tak pernah putus asa," katanya kepada mStar.

Elly dan pasangan ditemui ketika di majlis malam berinai yang bertemakan Cik Siti Wan Kembang di Dewan Sri Tun Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada malam, Jumaat.

Pasangan mempelai sama cantik sama padan itu akan disatukan sebagai suami isteri di lokasi yang sama pada Sabtu dan akan disusuli dengan majlis resepsi pada hari yang sama.

Elly sebelum ini pernah berkahwin dengan pengarah drama Azmi Hatta pada 9 November 2014 namun bercerai pada 15 Oktober 2015.

Pasangan tersebut dikurniakan seorang cahaya mata Putri Sara Sefhia yang kini berusia empat tahun.

Elly mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihannya itu di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada 17 Disember tahun lalu.

Elly Mazlein
Semua
Hiburan
Berita
Variasi