“Saya tak tahu... kalau boleh tolonglah pujuk” - Bob Yusof yakin persembahan lebih menarik dengan kemunculan Tok Ti

PENYANYI Bob Yusof berkata dia tidak tahu tentang khabar angin yang mendakwa penyanyi asal lagu Anta Permana iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza akan membuat menampilkan khas pada pentas Anugerah Juara Lagu ke 34 (AJL34) Februari ini.

Bob atau nama sebenarnya Yusrizan Usop, yang juga penyanyi gantian untuk lagu Anta Permana bagaimanapun mengakui sudah beberapa kali diaju pihak media soalan yang sama.

“Sebenarnya saya tidak tahu apa-apa tentang khabar angin Datuk Seri Siti Nurhaliza akan membuat kemunculan khas pada malam AJL34 nanti, namun ia pastinya akan jadi persembahan yang menarik jika khabar angin tersebut menjadi nyata.

“Tolong la pujuk sama-sama agar Siti Nurhaliza buat kemunculan,” kata Bob kepada mStar.


siti nurhaliza, ajl, bob yusof
Semua
Hiburan
Berita
Variasi