“Saya tetap klasik” - Nasha Aziz tak minat ‘update’ media sosial, suka berdepan wartawan

BERBEZA dengan selebriti muda, pelakon Nasha Aziz lebih tidak selesa untuk berkongsi mengenai kerjayanya menerusi media sosial.

Menurut Nasha atau nama sebenarnya Noraishah Abdul Aziz, 49, dia memilih cara 'klasik' dengan bertemu rakan media secara bersemuka.

“Perubahan arus berlaku setiap saat, cuma berbalik kepada kita bagaimana nak mengikuti trend atau perkembangan semasa.

“Jika saya berpeluang untuk berjumpa dengan media, saya lebih suka begini... jumpa depan-depan,” katanya kepada mStar.

Nasha ditemui semasa lawatan media ke set penggambaran Talbis Iblis di Pulau Carey, Selangor pada Selasa.

Namun kata Nasha, dia mengakui media sosial juga penting dalam mempromosi sesuatu namun lebih selesa menghadkan hanya berkaitan karier.

Nasha Aziz
Semua
Hiburan
Berita
Variasi