suria

Shiha Zikir hampir tarik diri sertai Dansa Dan Sing, mujur ada Noki (K-Clique) - “Nasib baik dia datang jumpa”

PENYANYI Shiha Zikir berkata dia hampir menarik diri daripada program Dansa Dan Sing gara-gara gagal untuk menghafal sebarang langkah tarian biarpun mengikuti latihan dalam tempoh yang panjang.

Keadaan semakin meruncing apabila dalam masa sama dia perlu menyanyikan lagu rap daripada kumpulan K-Clique berjudul Mimpi.

“Sebenarnya saya dah hampir-hampir nak tarik diri daripada program ini beberapa hari lalu gara-gara gagal menghafal step tarian biarpun sudah berlatih hampir lima jam. Satu apa pun tak masuk dalam kepala, memang saya dah menangis teruk.

“Lebih memberi tamparan ialah apabila saya perlu menyanyikan lagu Mimpi nyanyian asal K-Clique dan Alif. Bayangkan salah seorang ahli kumpulan tersebut iaitu Noki sendiri meluangkan masa memberi bimbingan apabila saya berasa tertekan untuk menyanyiakan bahagian rap yang terlalu sukar untuk disampaikan,” kata Shiha kepada mStar.

shiha zikir, noki, dansa dan sing


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi