suria

Dituduh sombong & kuat melenting, Haikal Azman jelas mungkin palanduk dua serupa

PENYANYI Haikal Azman menafikan dirinya kini mula mendabik dada malah bertindak kasar terhadap peminat selepas bergelar artis.

Haikal atau nama sebenarnya Muhammad Mukhlis Haikal Azman juga menjelaskan netizen yang menyebarkan berita negatif tersebut mungkin sekadar bertemu pelanduk dua serupa.

“Saya sedar ada golongan haters yang menyebarkan berita tidak benar yang saya kini bersikap sombong malah melenting apabila ada orang terlanggar bahu satu ketika dahulu.

“Namun rasanya tak pernah lagi saya bersikap demikian, langsung tidak pernah merasakan diri ini gah sebagai seorang artis. Mungkin dia bertemu pelanduk dua serupa yang seiras dengan saya,” kata Haikal kepada mStar.

haikal azman


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi