“Saya dan Hady Mirza tiada masalah” - Naqiu harap kelab peminat tidak bergaduh - Video | mStar

“Saya dan Hady Mirza tiada masalah” - Naqiu harap kelab peminat tidak bergaduh

ISU kelab peminat bertindak 'lebih sudu daripada kuah' bukan sesuatu yang baharu dalam dunia hiburan.

Perkara sama kini berlaku kepada juara bersama program Gegar Vaganza musim keenam iaitu Naqiu dan Hady Mirza apabila kelab peminat masing-masing dikatakan bermasam muka.

Namun menurut Naqiu atau nama sebenar Wan Naqiuddin Mohd Najib, 33, hubungan dia dan Hady Mirza sangat baik dan berharap tiada pergaduhan antara dua kelab ini.

“Anda boleh tengok saya dan Hady sangat baik walaupun di belakang pentas dan kemenangan bersama ini kami terima dengan hati terbuka.

“Untuk fans kita tidak perlu nak bergaduh, kita manusia biasa dan terima kasih kepada peminat saya... dan terima kasih juga kepada peminat Hady,” ujarnya kepada mStar.

Program Gegar Vaganza membuat kejutan apabila Naqiu dan Hady Mirza dinobatkan sebagai juara untuk musim keenam.

Kedua-dua mereka membawa pulang hadiah kemenangan berupa wang tunai RM100,000, pakej percutian, pakej mengubahsuai rumah berserta sebuah trofi.

Naqiu , Gegar Vaganza
Semua
Hiburan
Berita
Variasi