suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Kalau dua-dua bagus inilah jadinya” - Ramli MS keliru sampai terpaksa angkat dua juara GV6

KETUA juri Gegar Vaganza musim keenam (GV6), Datuk Ramli MS menjelaskan persamaan markah dan persembahan setara yang ditunjukkan oleh Naqiu dan Hady Mirza menjadi faktor utama mereka diangkat sebagai juara.

Menurut Ramli, kedua-dua penyanyi layak bergelar juara berikutan persembahan mereka pada malam Ahad itu dilihat hampir sempurna.

"Saya tak boleh ambil salah seorang jadi pemenang sebab dua-dua sama, tak salah kalau kita bagi saja dua-dua jadi juara.

"Mereka respect bunyi dan prestasi nyanyian antara mereka cukup setara, mereka enjoy di atas pentas.

"Penyampaian mereka ikhlas, bunyi nyanyian tiada menipu dan apabila kita bagi cadangan pada Astro mereka terima," katanya.

Selain Ramli MS, juri tetap yang mengadili GV6 ialah Hetty Koes Endang dan juri jemputan pada malam akhir ialah Datuk Rizalman.

GV6 menyaksikan Naqiu (Boboy) dan Hady Mirza diangkat menjadi juara, Jatt Ali tempat ketiga, Nurfatima (keempat), One Nation Emcees (kelima) dan Sham Visa (keenam).

TONTON VIDEO PENUH YANG DISEDIAKAN MSTAR INI.

Ramli MS, Gegar Vaganza, Naqiu, Hady Mirza


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi