suria

Tak guna ‘subscribers’ ramai kalau ‘content’ tak menarik – Alieff Irfan

PERSONALITI YouTube Alieff Irfan memberitahu aktiviti melanggan saluran video sesama sendiri atau 'sub for sub' bagi menaikkan jumlah pengikut tidak memberi faedah untuk jangka masa panjang.

Sebaliknya menurut Alieff atau nama sebenar Muhamamd Aliff Irfan Azaki, kejayaan sesebuah saluran YouTube bergantung kepada kandungan video yang disediakan untuk penonton.

“Terma ini dipanggil sub for sub... sebenarnya ia tidak memberi kesan langsung jika anda hanya meletakkan matlamat untuk mempunyai jumlah pengikut yang ramai.

“Orang subscribe channel awak sebab mereka minat karya awak. Tapi kalau amalkan sub for sub dan kandungan yang disediakan tidak ditonton atau dikongsi, tak guna juga,” katanya kepada mStar.

Namun tambah Alieff, sub for sub boleh dibuat namun hanya sekadar untuk membakar semangat untuk terus berjaya.

Alieff Irfan


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi