“Kahwin lagi? Not that easy!” - Vanidah Imran tak tutup pintu hati, tapi tak pula cari pengganti - Video | mStar

“Kahwin lagi? Not that easy!” - Vanidah Imran tak tutup pintu hati, tapi tak pula cari pengganti

AKTRES Vanidah Imran menjelaskan dia tidak pernah menutup pintu hatinya untuk mana-mana lelaki selepas berpisah dengan bekas suami yang juga pelakon terkenal Rashidi Ishak.

Vanidah, 47, bagaimanapun menegaskan dia perlu mengambil kira pelbagai aspek sebelum mencari pengganti.

“Nak kata tutup pintu hati tu tidaklah, namun tak pula saya mencari. Banyak faktor yang saya perlu ambil kira sebelum mencari pengganti antaranya kedua-dua anak kami. Mereka terlalu rapat dengan saya malah anak kedua iaitu Mariyam Rashika masih tidur bersama dengan saya.

“Saya kena pastikan jika ada 'seseorang' itu kelak... dia mestilah pandai mengambil hati anak-anak dan mampu menjaga kami semua,” kata Vanidah kepada mStar.

Vanidah ditemui pada majlis pra pelancaran filem Daulat yang akan ditayangkan di pawagam menjelang pertengahan tahun ini.

Untuk rekod, Vanidah dan Rashidi mengesahkan telah berpisah pada 9 Ogos 2018.

vanidah imran , rashidi ishak
Semua
Hiburan
Berita
Variasi