Hady Mirza kaku di pentas! Penonton Dansa Dan Sing bandingkan dengan Alif Satar - “Cakap la apa nak cakap”

REZEKI penyanyi kelahiran Singapura, Hady Mirza selepas menjuarai Gegar Vaganza 2019 makin melimpah apabila diberi kepercayaan untuk mengacarakan program terbaharu terbitan Astro, Dansa Dan Sing.

Namun pada minggu pertama program itu bersiaran pada Ahad malam, Hady dikritik hebat oleh penonton kerana dikatakan agak kaku sebagai pengacara lebih-lebih lagi apabila digandingkan dengan Sherry Al Hadad.

Menyedari lebih banyak yang perlu dipelajari, Hady berharap penonton memberi peluang kepadanya untuk memperbaiki diri memandangkan bidang pengacaraan adalah sesuatu yang baharu baginya.

“Mana mungkin tak nervous, pihak produksi sendiri meluahkan rasa risau apabila saya mengacarakan rancangan ini bersama Sherry. Namun saya anggap ia sebagai perkara biasa dalam proses pembelajaran.

“Saya anggap kritikan negatif terhadap kualiti pengacaraan saya sebagai perkara biasa, pasti ada yang tak kena di mata penonton. Bayangkan beberapa bulan dahulu saya menonton Sherry dan Alif Satar mengacarakan program Big Stage sambil makan kuaci di rumah tapi kini saya pula jadi pengacara dengan Sherry.

“Jadi cakap la apa anda nak cakap, saya tak kisah,” kata Hady kepada mStar.

hady mirza, dansa dan sing
Semua
Hiburan
Berita
Variasi