suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Ramai budak-budak yang marah tu, saya pun peminat Blackpink” - Naim Daniel

PELAKON dan penyanyi Naim Daniel menyifatkan kecaman bertubi-tubi yang diterima selepas masih memuat naik gambar yang disunting bersama salah seorang ahli kumpulan Kpop Blackpink iaitu Rose hanya datang daripada golongan remaja.

Naim atau nama sebenarnya Muhammad Naim Daniel Baharin, 23, turut mendedahkan dia juga menerima mesej di Instagram daripada remaja belasan tahun kerana didakwa 'mengganggu' penyanyi yang terkenal dengan lagu Kill This Love itu.

“Alah poyolah, saya pun minat Blackpink juga. Yang marah-marah tu kebanyakannya orang kita yang masih kanak-kanak sedangkan peminat luar negara boleh pula beri sokongan.

“Sehinggakan ada yang DM di Instagram dan menghantar suntingan gambar saya yang diletakkan bersebelahan dengan gambar b***,” kata Naim kepada mStar.

naim daniel, blackpink


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi