suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Awal Ashaari kembali jadi hos Melodi - “Why not? Selagi saya masih mampu beraksi”

PENGACARA terkenal Awal Ashaari tidak menyangka khidmatnya sebagai hos program hiburan Melodi masih diperlukan sehingga ditawarkan untuk kembali mengacarakan rancangan terbitan TV3 itu.

Kata Awal, dia gembira menerima tawaran berkenaan selepas menyedari keputusannya meninggalkan program itu dua tahun lalu dibuat pada waktu yang tidak tepat.

“Sebenarnya saya ni pemain simpanan untuk Melodi, jika hos mereka ada komitmen lain saya akan dipanggil sebagai pengganti.

“Namun saya tak sangka pula akan ditawarkan kontrak sebagai pengacara tetap, namun saya yakin mereka ada alasan tersendiri.

“Orang pernah pesan kita perlu tinggalkan sesuatu sebelum terlambat, namun pengunduran saya dua tahun lalu dibuat secara tergesa-gesa,” kata Awal kepada mStar.

awal ashaari


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi