suria

Penuh emosi sampai buat penonton menangis, filem M4M4 lengkap dan penuh rencah

WALAUPUN bukan berdasarkan kisah benar, filem M4M4 yang bakal berada di pawagam bermula 6 Februari ini begitu dekat dengan dilema masyarakat hari ini.

Mempertaruhkan elemen kekeluargaan sebagai jalan cerita, filem arahan Erya Rahman ini mampu membuatkan perasaan penonton bergolak hingga minit terakhir filem ini.

M4M4 berkisar tentang Alya lakonan Bella Dowanna diperkosa dengan kejam sehingga trauma dan membuatkan emosi ibunya Aini lakonan Nabila Huda terganggu kerana tekanan yang diterima daripada masyarakat.

Rata-rata penonton yang sudah menyaksikan filem berkenaan pada tayangan perdananya Khamis lalu memberi komen positif dan terkesan dengan pengakhiran filem berkenaan.

Menurut Bella, kisah dalam filem M4M4 ini sebenarnya memang benar-benar berlaku dalam masyarakat dan penonton dapat merasai sendiri situasi itu.

“Pengalaman saya membawa watak mental, gila,  orang tak betul tu sebenarnya mencabar sebab saya sendiri tidak pernah rasa macam mana kena rogol.

“Saya harap lakonan saya memberi kesan kepada penonton dan orang ramai dapat merasai apa yang saya cuba sampaikan,” ujarnya kepada mStar.

Filem M4M4 bakal menemui penonton  bermula 6 Februari turut dilakonan oleh Faizal Hussein, Kodi Rasheed, Ungku Hariz, Niezam Zaidi, Izzy Reef, Eyra Hazali dan Amanda Hariz.

Filem M4M4


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi