Siti Nordiana dituduh kemaruk nak bersuami, Khai Bahar mengaku jadi punca - “Tujuan saya nak bergurau je”

PENYANYI Siti Nordiana enggan mengambil serius mengenai perbuatan seorang individu yang cuba mencemarkan imejnya sebagai ibu tunggal.

Kata Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana, 36, dakwaan kononnya dia cuba meraih simpati dan publisiti daripada peminat penyanyi Khai Bahar adalah tidak berasas.

“Kelakar sebenarnya apabila baca benda sebegini, namun saya rasa kasihan kerana individu ini terlalu banyak masa untuk memikirkan masalah kehidupan saya.

“Saya doakan agar mereka ada kerja yang lebih berfaedah selain daripada stalk kehidupan saya dan juga Khai. Namun saya tak teragak-agak nak ambil tindakan jika dia melampaui batas dengan memalukan saya,” kata Nana kepada mStar.


Sebuah akaun Instagram melemparkan kata-kata tohmahan kepada Siti Nordiana.

Siti Nordiana ditemui semasa majlis sidangmedia Anugerah Meletop Era 2020 (AME2020) baru-baru ini.

Dalam pada itu, penyanyi Khai Bahar yang turut terpalit dalam tuduhan liar tersebut mempertahankan tindakannya menggelar dirinya sebagai papa kepada anak tunggal Siti Nordiana, Muhammad Rayyan Nakhaie yang kini berusia 12 tahun.

“Saya yang mulakan dulu minta Rayyan panggil saya papa, namun ia sekadar gurauan. Tak sangka pula dipandang serius sesetengah pihak," kata Khai.

siti nordiana. khai bahar
Semua
Hiburan
Berita
Variasi