Floor 88 dah ada penyanyi ‘backup’, semestinya lelaki - “Cari perempuan bukan untuk jadi penyanyi” - Video | mStar

Floor 88 dah ada penyanyi ‘backup’, semestinya lelaki - “Cari perempuan bukan untuk jadi penyanyi”

VOKALIS kumpulan Floor 88 iaitu Ayie berkata mereka sudah menemui penyanyi kedua yang boleh beraksi bersama kumpulan itu pada bila-bila masa.

Ayie atau nama sebenarnya Nik Fadlee Elhamshah, 23, bagaimanapun enggan mendedahkan identiti individu tersebut namun sudah merangka sebuah projek khas buatnya.

“Alhamdulillah kesihatan saya semakin pulih dan sudah boleh perform di atas pentas, malah kami dah jumpa penyanyi gantian yang dicari sebelum ini.

“Dia akan jadi protege kami dan akan menjayakan satu brojerk bersama dalam masa terdekat. Setakat ini apa yang kami boleh dedahkan ialah dia seorang penyanyi lelaki, InsyaAllah kami akan bentuk dia untuk sama-sama bersedia berada dalam industri seni suara,” kata Ayie kepada mStar.

Pada 14 Januari lalu, Ayie tiba-tiba rebah lalu pengsan semasa menyanyikan lagu Aqilah di Konsert Gempak Negeri fm di Negeri Sembilan.

floor88
Semua
Hiburan
Berita
Variasi