Sofyank akui susah nak berjaya setaraf Zach King - “Ramai yang perlekehkan usaha saya” - Video | mStar

Sofyank akui susah nak berjaya setaraf Zach King - “Ramai yang perlekehkan usaha saya”

KEHEBATAN video kreatif hasil manipulasi suntingan personaliti media sosial Sofyank memang memukau dan sering mendapat perhatian penonton dari Malaysia dan juga antarabangsa.

Namun menurut Sofyank atau nama sebenar Mohamad Sofian Abdullah, tidak mudah untuk berada di tahap sekarang kerana terdapat pelbagai halangan yang ditempuhinya.

“Saya bukan orang berada, nak sunting video satu minit pun perlu ambil masa beberapa jam kerana peralatan yang tak sesuai.

“Halangan kedua adalah kecaman, ramai yang perlekehkan usaha kita... tapi yang penting kita jangan putus asa,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Sofyank teruja kerana idolanya iaitu Zach King yang juga personaliti media sosial antarabangsa berminat untuk berkolabrasi menghasilkan satu video bersamanya.

“Baru-baru ini saya mendapat berita gembira... Zach King ada komen di YouTube dengan mengatakan I would love to do a magic video with Soyank! 

“Sekarang saya tengah usahakan jadikan perkara itu realiti,” katanya.

Sofyank
Semua
Hiburan
Berita
Variasi