suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gilakan dunia permotoran, Achey miliki 32 buah koleksi motosikal

SEMUANYA bermula daripada dunia permotoran, itu perkongsian pelawak Achey tentang kehidupannya bersama isteri, Nur Hassanah Yahya yang juga 'gilakan' sukan yang dianggap lasak oleh sesetengah pihak ini.

Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Haji Hamzah, 33 juga mendedahkan dia kini mempunyai kira-kira 32 buah koleksi motosikal dan tujuh buah daripadanya adalah milik isterinya.

“Sebenarnya saya dan isteri bertemu jodoh ketika masing-masing menunjukkan minat dalam dunia permotoran satu ketika dahulu, sehingga kini kami masih berkongsi minat yang sama malah dia akan ikut tiap kali saya berkonvoi atau berkumpulan dengan rakan-rakan.

“Kami gunakan aktiviti ini untuk lepaskan lelah bekerja, malah saya ada kira-kira 32 buah motosikal. Lebih menarik ialah isteri memiliki sebahagian kecil motosikal daripada jumlah tersebut,” kata Achey kepada mStar.

achey


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi