suria

Siapa Mizan penyanyi lagu Keluhan Hati? Pasang angan-angan nak ‘lawan’ Harry Apak!

PASTI ramai penonton YouTube tertanya-tanya mengenai kemunculan seorang penyanyi muda yang berjaya meraih jutaan tontonan melalui dua single di laman berkenaan.

Dikenali dengan nama Mizan, remaja berusia 14 tahun ini sebenarnya adalah anak kepada penyanyi dan komposer Harry Khalifah.

Mengakui terlalu banyak yang perlu dia belajar jika ingin terus kekal dalam bidang muzik, Mizan turut memasang niat untuk menyaingi populariti yang diraih bapanya suatu hari nanti.

“Ada satu ketika, lagu saya dan ayah seakan bersaing di carta trending YouTube. Namun apakan daya saya tidak mampu menyaingi kehebatannya.

“Tapi saya percaya satu hari nanti bakat yang diwarisi daripada ayah akan membawa saya pergi ke satu tahap yang lebih baik,” kata Mizan kepada mStar.

mizan harry khalifah


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi