Sah penakut! Afieq Syazwan terduduk, menjerit takut hantu Nights of Fright 7 - Video | mStar

Sah penakut! Afieq Syazwan terduduk, menjerit takut hantu Nights of Fright 7

MUNGKIN ramai tak tahu penyanyi Afieq Syazwan sebenarnya fobia berada di tempat gelap selain tidak gemar dengan elemen yang mengejutkan.

Namun istimewa untuk penonton mStar, Afieq menyahut cabaran bagi menyertai Nights Of Fright 7 (NOF7) di taman tema Sunway Lagoon.

Kali ini ada dapat melihat bagaimana Afieq menjerit ketakutan sehingga terduduk di lantai ketika mengharungi kesemua sembilan 'rumah hantu' yang terdapat di sana.

Bagaimanapun Afieq tidak keseorangan, kehadirannya di festival of fear ini turut ditemani T.H (What The!) dan Qarami Hashim daripada segmen Bizibody.

Banyak momen menarik dan mengejutkan dapat kami rakam sepanjang mereka berada di sana pada Sabtu lalu.

Tahun ini, Sunway Lagoon dengan kerjasama The Sudden Impact! Entertainment kembali menganjurkan Nights Of Fright untuk musim ke-7 yang bermula pada 4 Oktober lalu sehingga 3 November depan.

Tampil dengan sembilan tarikan iaitu The Plague, Blood.Shed, Animalium, THE HOTEL dEVILle, HORRORJUKU in UV3D, Horrorwood Studios, Voodoo dan Sharknado Alive! dan Scarytales Theater - BOMOH pasti membuatkan anda berpeluh serta terkejut.

Kesemua rumah hantu ini merupakan tarikan utama bagi NOF7 yang boleh dikunjungi bermula daripada pukul 7.30 malam sehingga 11.30malam pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Tiket masuk berharga RM79 atau RM158 untuk tiket masuk berserta pas ekspres.

Adakah Afieq, T.H dan Qarami mampu untuk mengatasi ketakutan mereka? Jom kita saksikan!

Afieq Syazwan , Nights of Fright 7
Semua
Hiburan
Berita
Variasi