“Masa live pula datang benda tak baik” - Adzrin masih boleh senyum 'terkucil' di final Big Stage - Video | mStar

“Masa live pula datang benda tak baik” - Adzrin masih boleh senyum 'terkucil' di final Big Stage

FINALIS Big Stage musim kedua, Adzrin Ameruddin terpaksa menanggung malu apabila dia gagal untuk mengawal suaranya sehingga 'terkucil' ketika menyampaikan single terbaharunya Picisan.

Menurut Adzrin, 19, perkara itu berlaku kerana dia tidak memberi tumpuan sepenuhnya kepada kawalan vokal kerana terlalu memikirkan mengenai persembahan yang dirancang.

“Semasa rehearsal dan sound check semua okey tapi bila live datang pula benda yang tidak baik.

“Benda ini memang tidak dapat dijangka, bila terkucil dekat live... itulah keputusannya,” ujarnya kepada mStar.

Pada malam final Big Stage, Adzrin mempersembahkan lagu cover All Of Me nyanyian asal John Legend serta lagu baharu Picisan ciptaan Farouk Roman dan lirik oleh Amylea Azizan.

Adzrin
Semua
Hiburan
Berita
Variasi