Fizo kembali berlakon, tidak mahu nama terus malap - “Kembali bujang kena pandai urus masa” - Video | mStar

Fizo kembali berlakon, tidak mahu nama terus malap - “Kembali bujang kena pandai urus masa”

SETELAH bergelar duda, Fizo Omar membuat keputusan untuk kembali fokus dalam dunia lakonan bagi mengekalkan namanya dalam industri hiburan.

Fizo, 34, memberitahu dia perlu bahagiakan masa antara kerja, pelajaran dan juga perihal peribadi.

“Saya rasa ini masanya untuk saya bahagikan masa supaya nama Fizo Omar terus senyap.

“Alhamdulillah, sekarang ini bila kembali ke set... sekarang sibuk sikit dengan pejabat, meeting dan kerja-kerja office saya bawa ke set,”ujurnya kepada mStar.

Dalam pada itu, Fizo menjelaskan hubungannya dengan bekas isteri Mawar Abdul Karim tiada masalah.

“Saya dengan Mawar okay, cuma saya kembali hidup bujang.

“Saya tinggal bersama emak saya dan anak saya selang seli, sekejap dengan Mawar, sekejap dengan saya,” katanya ketika ditemui mStar.

Fizo Omar bercerai dengan Mawar Abdul Karim yang juga seorang pengusaha tudung terkenal pada 10 Julai lalu.

Pasangan ini dikurniakan anak perempuan bernama Wan Maryam yang kini berusia dua tahun.

Fizo Omar
Semua
Hiburan
Berita
Variasi