suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sering trending di laman sosial, Han Byul selesa di negara orang - “Saya dapat rasa sokongan daripada peminat Malaysia”

BUKAN mudah untuk mendapat trending di laman sosial, namun ia bukan sesuatu yang sukar bagi peserta Big Stage 2019, Han Byul kerana sering mendapat perhatian netizen setiap kali membuat persembahan di program Big Stage.

Han Byul, 29, mengakui teruja dengan pengalaman yang sedang dilaluinya itu dan bersyukur menerima sokongan dari peminat Malaysia.

“Saya betul-betul dapat rasakan betapa banyaknya sokongan yang diberikan peminat Malaysia.

“Dan ini kali pertama dalam hidup saya merasai perasaan yang selesa ketika berada di luar negara sendiri,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, penyanyi dari Korea Selatan itu menepati ramalan netizen apabila layak melangkah ke final yang berlangsung Ahad ini.

Peserta dari Korea Selatan ini bakal bersaing dengan Neeta, Dinda Permata, Adzrin dan Irfan Haris.
Han Byul


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi