“Adik... papa dah tak nak masuk hospital” - Anak Yazit kongsi momen terakhir perbualan dengan arwah - Video | mStar

“Adik... papa dah tak nak masuk hospital” - Anak Yazit kongsi momen terakhir perbualan dengan arwah

PEMAIN dram terkenal, Yazit Ahmad yang meninggal dunia akibat kerosakan otak pada Khamis dikatakan sempat meminta untuk menjamah nasi ayam beberapa hari sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Anak bongsu Allahyarham, Shafiqa Nurlis, 29, berkata dia lega dapat menunaikan permintaan terakhir bapanya itu.

“Papa ada cakap dengan saya, dia dah tak mahu lagi masuk hospital lepas ni kerana dia mahu berehat. Tak sangka pula ia petanda dia akan meninggalkan kami.

“Dia juga ada kata teringin nak makan nasi ayam jumaat lalu, Alhamdulliah saya dapat penuhi permintaan papa sebelum dia pergi selamanya,” katanya.


yazit search
Semua
Hiburan
Berita
Variasi