“Anak saya pun manja dengan calon isteri” - Hael Husaini mula fokus nak kahwin - Video | mStar

“Anak saya pun manja dengan calon isteri” - Hael Husaini mula fokus nak kahwin

APABILA usia makin meningkat, tentunya soal jodoh mula menjadi perkara yang cukup memeningkan.

Begitu juga halnya dengan penyanyi serta komposer Hael Husaini, 32, yang katanya sudah meletakkan fokus untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

“Fokus saya nak kahwin selepas ini, tapi saya nak kumpul duit dan beli rumah dahulu sebelum nak dirikan rumah tangga. Tipulah kalau tiada perancangan, namun saya harapkan doa terbaik daripada peminat.

“Apa yang boleh dikatakan ialah anak angkat saya iaitu Nur Helena selesa dengan 'calon' tersebut, selalu juga mereka meluangkan masa bersama,” kata Hael sambil berseloroh.

hael husaini
Semua
Hiburan
Berita
Variasi